PENGASASAN KESULTANAN-KESULTANAN MELAYU LAIN


    

PENGASASAN KESULTANAN-KESULTANAN MELAYU LAIN

                                                                       
                                                                           PAHANG
    



Image result for pahang



     Pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga dari kesultanan Melaka.Sulatus salatin menyebut semasa pemerintahan Melaka Raja Muhammad telah membunuh putera Bendahara, iaitu Tun Besar kerana bermain sepak raga dan bolanya telah terkena destar baginda. Oleh itu, untuk membalasnya yang zalim, Sultan Mansur telah menitahkan Raja Muhammad dibuang dari Melaka dan dirajakan di Pahang. Maka, baginda menjadi Sultan Pahang yang pertama bergelar Sultan Muhammad Syah.


    Baginda kemudiaanya mengahwini puteri Raja Kelantan bernama Mengindera Puteri dan memperoleh tiga orang putera, iaitu Raja Jamil, Raja Ahmad dan Raja Mahmud.Sehingga awal abad ke-17, keturunan baginda yang menjadi pemerintah Pahang. Keturunan baginda yang memerintah Pahang berakhir pada tahun 1614 apabila Raja Muda Abdullah, putera kepada Sultan Abdul Ghafur mangkat pada tahun tersebut. Kesannya, takhta Pahang diambil alih oleh keluarga Kesultanan Melaka-Johor, iaitu Raja Bujang. Pelantikan Raja Bujang telah memulakan Dinasti baru di Pahang, iaitu dari jurai keturunan Kesultanan Melaka-Johor dan menamatkan pemerintahan keluarga keturunan Sultan Muhammad.

    Rombakan dan konflik berlaku apabila Kerajaan Acheh menyerang Pahang hingga menyebabkan wilayah Pekan musnah. Hal ini kerana,Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam tidak bersetuju dengan pelantikan Raja Buang di Pahang (ketidakpuasaan hati ini berlaku kerana Acheh sebenarnya tidak bersetuju dengan kerajaan Johor yang mengadakan pakatan dengan Belanda). Pahang pula duduk di bawah naungan Acheh dan Raja Bujang berundur ke Johor. Acheh serang Johor pada tahun 1623 tetapi kali ini, Sultan Iskandar Muda telah menabalkan Raja Bujang sebagai Sultan Johor yang digelar Sultan Abdul Jalil Syah III sekali gus sebagai Sultan Pahan






PERAK

Image result for PERAK
BENDERA NEGERI PERAK


Image result for SULALATUS SALATIN

Pengasas Kesultanan Perak adalah dari Kesultanan Melaka. Apabila Melaka diserang Portugis, Sultan Mahmud dan anakanda baginda, Sultan Ahmad berundur ke Johor dan bergerak ke beberapa buah tapak dalam usaha untuk merampas semula kota Melaka dan mengelakkan diri dari serangan Portugis. Ketika di Bentan, dan bersemanyam di Kopak, Sultan Ahmad mangkat dan menyebabkan Sultan Mahmud melantik puteranya, Raja Muzaffar dengan puteri kelantan iaitu, Puteri Onang Kening sebagai "Raja Muda". 

Seterusnya, apabila isterinya Raja Fatimah pula melahirkan anak, kedudukan Raja Muzaffar ditarik balik dan sultan Mahmud melantik pula putera baharunya Raja Ali sebagai Sultan Muda. Apabila Sultan Mahmud Mangkat, Raja Ali telah ditabal menjadi Sultan Johor yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. lalu, Raja Muzaffar membawa diri ke Perak kerana berkecil hati dan ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah.

Hal ini bermakna keluarga pemerintah Perak berketurunan Sultan Mahmud Syah Melaka. Keluarga ini bertahan dalam kerajaan sehinggan abad ke-17 apabila keluarga baharu muncul dari Pahang dan memerintah Perak. Peralihan tampuk pemerintahan ini berlaku kerana campur tangan pmerintah Acheh, Sultan Iskandar Muda Thani dan beliau telah melantik saudara sepupunya dari keturunan Kesultanan Melaka-Pahang bernama Raja Sulong dan digelar Sultan Muzaffar Syah II dan Raja Sulong mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melaka.

Comments

Popular posts from this blog

KERAJAAN MELAKA

Asas-asas Kebudayaan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia

PILIHAN RAYA