PILIHAN RAYA

PILIHAN RAYA

Fungsi pilihan raya


FUNGSI PILIHANRAYA

  1.   Menubuhkan kerajaan demokrasi
       2.  Mengekalkan pucuk pimpinan
       3.   Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi       kerajaan
      4.  Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam     sebuah organisasi dan komuniti politik
      5. Meneruskan legasi negara Demokrasi Berparlimen
      6.  Memberi peluang kepada rakyat untuk memilih     dan  menukar pucuk pimpinan

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA



Image result for fungsi pilihan raya
  •       SPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli.Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963,bilangan SPR telah ditambah pada 3 orang



  •      Pada tahun 1981,pindaan keatas perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang timbalan pengerusi.Pada tahun 2002,pindaan kepada perlembagaan persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan SPR menjadi 7 orang



  •       Ahli ahli SPR oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja Raja.Ahli ahlinya terdiri daripada seorang pengerusi,seorang timbalan pengerusi dan 3 orang ahli lain yang akan membantu dan syarat kelayakan ahli SPR ialah :-


  1.  UMUR TIDAK BOLEH MELEBIHI 65 TAHUN
  2.  SEORANG YANG TIDAK MUFLIS
  3.  TIDAK MEMEGANG JAWATAN BERGAJI YANG LAIN
  4.  BUKAN MANA MANA AHLI POLITIK DARI MANA MANA MAJLIS PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI



SISTEM PILIHAN RAYA


  Sistem yang digunakan di Malaysia ialah berasaskan
"FIrst-Past-The-Post-System". Calon-calon yang memproleh majoriti akan diisytiharkan pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

  Bagi memudahkankan pelaksaanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya.


UNDANG-UNDANG & PERATURAN PILIHAN RAYA

    Image result for sistem pilihan raya
  • Perlembagaan Persekutuan
  • Perlembagaan Negeri
  • Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
  • Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002
  • Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2002    



PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA

  Sebagai sebahagian daripada fungsii utamanya, SPR bertanggungjawab mengkaji semula sempadan bahagian pilihan raya parlimen dan negeri. SPR perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.


HILANG KELAYAKAN PEMILH
Image result for hilang kelayakan menjadi calon pilihan raya

Bilangan kerusi/kawasan


Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Persempadanan semula bahagian pilihan raya

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun. Bagaimanapun, ia boleh ditangguhkan sekiranya terdapat peristiwa besar, seperti pilihan raya umum.[1]

Pendaftaran pemilih

Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
  3. seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
  4. tidak hilang kelayakan.

Hilang kelayakan

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-
  1. pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
  2. sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
  3. telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
  4. telah memperoleh kerakyatan asing.

Semakan daftar pemilih

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Pengundi boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

Kelayakan calon

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:-
  1. warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
  2. berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
  3. tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.
Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:-
  1. telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
  2. didapati seorang bankrap; atau
  3. memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau
  4. gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
  5. telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
  6. telah memperoleh kewarganegaraan asing.

Tempoh pilihan raya

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Proses pilihan raya

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

Permulaan Pilihan Raya dan Proses Penamaan Calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.
Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

Deposit

Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.

Penggunaan simbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

Kempen


Kempen poster
Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.
Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.

Hari mengundi


Sekolah lazim dijadikan pusat mengundi
Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-
  1. tarikh mengundi;
  2. lokasi tempat mengundi;
  3. waktu mengundi di semua tempat mengundi;
  4. lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.
Di petak mengundi, pengundi dikehendaki membuat satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi. Tanda ini, seperti tanda 'X', tanda semak ataupun titik, perlu dibuat pada lajur calon yang dipilih sahaja.[2]


BARUNG SPR


Undang2 yg ada pada masa ini,melarang calon daripada mendirikan pondok di mana2 
pusat mengundi di kawasan tempat calon itu bertandingWalaubagaimanapun,, parti2 
politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya  pondok itu terletak di luar 
jarak 50 meter dari pusat mengundi.


Bagi memastikan kelancaran pengundian,SPR akan mendirikan barung SPR di pusat2 
mengundiTujuan barung2 ini didirikan adalah untuk membantu pemilih2 menyemak 
nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran supaya pengundian berjalan 
dengan teratur


KEBENARAN UNTUK MEMASUKI TEMPAT MENGUNDI-Hanya pemilih2 yg nama mereka terdapat di dalam 

daftar pemilih bg sesuatu tempat 

mengundi sahaja.
-Kad pengenalan diri  pemilih yg dikeluarkan oleh JPN digunakan sebagai pengenalan 
diri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi.
-Hanya pegawai2 tertentu sahaja yg dibenarkan masuk untuk menentukan kerahsiaan 
iaitu:-
Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya

Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya

Calon2 dan wakil calon

Ejen2 mengundi dan ejen mengira undi

Mereka yg dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya 


Cara mengundi
>Undi adalah rahsia. Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja, iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang dipilih. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan seterusnya memasukkannya ke dalam peti undi yang disediakan. Pengundi tidak dibenarkan membuat bising semasa memasuki kawasan pengundian.

>Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) dua kertas undi disediakan. Kertas- kertas undi mestilah di tanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang di tanda “PARLIMEN” dan “NEGERI”



Pengiraan dan perjumlahan undi
semasa undi dikira, mereka yang dibenarkan masuk ialah:-

a)ahli dan pegawai SPR 
b)pegawai yang dilantik oleh SPR
c)kerani mengira undi
d)calon,wakil dan ejen mengira undi


Petisyen Pilihan Raya

Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab- sebab berikut:
  • Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya
  • Ketidakpatuhan undang- undang dan peraturan pilihan raya
  • Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang- undang yang dilakukan oleh calon dan ejen- ejen
  • Calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya
Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi di dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya  disiarkan dalam Warta. Jika Hakim Pilihan Raya, selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis bagi mengadakan pilihan raya baru di bahagian pilihan raya tersebut.




Comments

  1. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523


    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523

    ReplyDelete
  2. Adakah anda sedang mencari kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikan bil anda, seperti pinjaman peribadi, isu kewangan, pinjaman perniagaan untuk menyediakan perniagaan anda sendiri atau pengembangan perniagaan, pembiayaan projek dan skor kewangan anda sangat rendah, saya dapat membiayai anda dengan jumlah yang anda perlukan mulai dari $1000-$50J dan kadar Faedah yang sesuai 3% yang akan menjadikan hidup anda lebih mudah. maklumat lanjut Sila hubungi saya melalui e-mel:adamfinancialloanservicess@gmail.com atau masih di whatsapp sahaja +917458095182

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KERAJAAN MELAKA

Asas-asas Kebudayaan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia