KERAJAAN MELAKA

ASAL USUAL PARAMESWARA


Image result


                                                  
           Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja ialah Raja Singapura terakhir yang berasal daripada keturunan Srivijaya (Hindu). Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentanbernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan daripada Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana. Batara Sri Tri Buana yang bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas PalembangBentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja daripada keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 – 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.

ASAL USUL MELAKA

                                                   

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.


PENGASASAN KERAJAAN MELAKA
            Kesultanan melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Namun, zaman pra- islam telah wujud beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu seperti Kedah Tua dan kerajaan Perak tetapi tidak mempunyai banyak bukti dan rekod seperti Kerajaan Melaka. Sebelum kewujudan dan Kepesatan Melaka telah wujud juga , sebuah kerajaan yang agung di Asia Tenggara iaitu Funan, Srivijaya, dan Majapahit. Kesultanan melayu Melaka  merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini telah muncul antara abad ke-7 hingga ke 13 M. Srivijaya merupakan sebuah kerajaan Maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India,Asia Barat, dan China serta kawasan- kawasan pendalaman negerinya tersendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat asutan dan peyebaran agama hindu-budhha serta pengajian bahasa Sanskrit.
            Pada tahun 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit. Hal ini menyebabkan seorang putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya telah mengundur diri hingga ke Temasik. Pada waktu itu, Temasik telah mempunyai politik tersendiri yang bernaung dibawah kerajaan Ayudhya siam. Pemerintah kerajaan Temasik ialah Sang Aji singapura, iaitu menantu kepada Raja siam sendiri.

            Setlah menewaskan penguasa pulau tersebut, Parameswara telah bertakhta di Singapura. Situasi ini  memaksa parameswara dan para pengikut mengudur diri ke semanjung tanah Melayu, pada mulanya baginda bertapak di Muar, kemudian di senin Hujung, Bertam dan akhirnya Melaka sekitarnya 1400.

2.0 PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL
      Apabila parameswara membuka penempatan baru di Melaka, parameswara menyediakan kelengkapan perahu yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Namun begitu, china masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat pada ma situ. Oleh sebab itu, mana-mana kerjaan yang mendapat pengiktirafan daripada maharaja china beruntunglah negeri tersebut.
Pada tahun 1403, Melaka bernasib baik kerana seorang duta telah tiba dari negeri china iaitu Yin Ching, dengan membawa hadiah untuk parameswara. Peristiwa ini membuktikan Maharaja Yung Lo iaitu maharaja Negara china dari Dinasti Ming pada masa itu  mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang datang dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.
Pada tahun 1405 utusan-utusan Melaka turut mengiringi Yin Ching kembali ke negeri China. Melaka sebagai ‘wilayah’ (ti) diiktiraf dengan rasmi sebagai ‘negeri’ (kuo) dan penguasanya diangkat menjadi ‘raja’ (wang). Kemudian pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho, yang dikatakan seorang Muslim,  di bawah titah perintah Maharaja Cheng Tsu yang bergelar Yung Lo telah menghadiahi parameswara alat- alat kebesaran diraja: sepasang mohor perak, kopiah, pengikat pinggang dan sehelai jubah. Melaka pula dikurniakan ‘inskripsi diraja’ yang diletakkan diatas  sebuah bukit (bukit Negara) sebagaii tanda Melaka diangkat menjadi Bandar raya (ch’eng). Melaka adalah Negara pertama diantara Negara-negara di Asia yang menerima penghormatan ini, bahkan mendapatnya kali pertama selepas menghantar utusan dalam 1405. Negara – Negara lain yang  menerima inskripsi sedemikian ialah: Jepun,(1406); Brunei(1408); dan Kochin(1416).
Dikatakan juga, Melaka dari tahun 1403 hingga ke tahun 1433 merupakan pelabuhan penting bagi Angkatan Laut Diraja Ming. Melaka bertindak sebagai gudang atau tempat penyimpanan barang dagangan, sebelum barang- barang itu dibawa balik ke negeri China apabila angkatan itu kembali dari lautan Hindi. Disamping itu juga, Melaka menjadi pangkalan untuk membaiki Wangkang(perahu besar). Walaupun begitu raja- raja Melaka tidak dapat lagi menikmati tahap perdagangan seperti zaman srivijaya.

 SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA

Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang Di-pertuan’. Apabila pemerintah kerajaan Melaka mula memeluk islam ,pemerintah digelar ‘sultan’ dan ‘Syah’.

Bilangan
Nama pemerintah
Tahun pemerintahan
                1
Parameswara/Iskandar Syah
1400-1414
                2
Sultan Megat/Makota Iskandar Syah
1414-1424
                3
Sultan Muhammad Syah
1424-1444
                4
Sultan Abu syahid
1444-1445
                5
Sultan Muzaffar Syah
1445-1456
                6
Sultan Mansur syah
1456-1477
                         7
Sultan Alauddin Riayat Syah
1477-1488
                8
Sultan Mahmud Syah
1488-1510&1513-1528
                         9
Sultan Ahmad Syah
1510-1513
Nama-nama pemerintah dan tahun memerintah
1.     
 Parameswara(1400-1414)
Raja Melaka yang pertama ialah Parameswara yang lari dari Palembang setelah merajai negeri itu selama tiga tahun (1388-1390) kemudian tinggal tingal di Singapura (1397-1398) dan selepas dihalau oleh siam (Ayudhya) dari Singapura (1397-1398) telah mengembara ke Muar, Senin Hujung dan akhiranya membuka negeri di Bertam dan Melaka. Pengembaraan ini berlaku selama kira-kira dua tahun (1397-1399). Parameswara menjadi raja di Bertam / Melaka selama 14 tahun (1399-1413) dna meninggal dunia dalam tahun 1413 (wolters,1970). Rekod cina mengisytiharkan kemangkatan Parameswara pad a5 oktober 1414 apabila Megat Iskandar Syah anak Parameswara melaporkannya kepada Maharaja China tetatpi tidak menyebut tarikh kemangkatan itu sama ada tahun 1413 atau pada awal 1414.



2.      Sultan Megat Iskandar Syah (1414-1424)
Menurut Tome Pires, Megat Iskandar berbuat baik dengan siam (Ayudhya) dengan menghantar adik iparnya ke sana sebagai Duta. Sejak itu, semua duta ke luar negeri adalah dari keluarga golongan diraja Melaka. Begitu juga dengan jawa, baginda menghantar duta ke sana kerana hendak berbaik- baik dengan pemerintah jawa yang  baru Vikramarvaddhana( 1389-1429). Baginda menghantar utusan ke pasai juga meminta raja negeri itu membenarkan para pendagang berdagang di Melaka. Rqaja pasai membenarkan tapi dengan syarat raja Melaka hendaklah memeluk Islam. Setelah utusan Pasai ditahan begitu lama, barulah mereka dibebaskan dan pasai serta Melaka pun giat berdagang dan pedagang dari pasai ialah orang muslim iaitu orang Arab, Parsi, dan Benggali pun datanglah ke Melaka.
Diceritakan bahawa beliau apabila berumur 48 tahun, Megat Iskandar Syah mengunjungi Maharaja Cina dan mempersembahkan ufti dan menerima cap mohor serta wang timah dan hadiah yang banyak daripada Maharaja cina. Apabila beliau kembalinya ke Melaka, Baginda telah mengahwini nakhoda cina yang mengiringi baginda balik ke Melaka. Menurut catatan ini, Hasil perkahwinan itu ialah seorang putera bernama Raja putih dan Putera ini dikatan nenek moyang raja-raja di Pahang, Kampar dan Inderagiri.

3.      Seri Maharaja/Sultan Muhammad Syah (1424-1444)
Seri Maharaja, anak Megat Iskandar Syah juga memakmurkan Kota Melaka dan juga pernah mengunjungi negeri China Bersama isteri, pembesar pembesar dan ufti. Didalama Catatan Yung-lo Shih-Lu 20 April 1424. Seri Maharaja mengunjungi Negeri Chhina dalam tahun 1433 dan dipeking pada 26 mei 1434 dan tinggal di China hampir 2 tahun, sebelum bertolak dari kanton selepas 28 april 1435. Ini adalah kunjungan terakhir bagi  mana- mana utusan ke negeri china kerana selepas tahun 1434, kerajaan negeri china tidak lagi bergiat aktif dalam hal- ehwal luar negeri. Tidak ada lagi kunjungan dari china ke kota Melaka. Dan tidak ada lagi raja Melaka  mengunjungi maharaja china.
Melaka selepas itu bertahan sendiri, dari serangan siam dan musuh- musuh yang. Sekembalinya ke Melaka, baginda menguatkan hak Melaka ke atas Beruas dan Terengganu. Peraturan Melaka diperkemas, cukai diturunkan dan kemudahan disediakan.
4.      Parameswara Dewa Syah/Sultan Abu Syahid(1444-1445)
Raja Ibrahim ialah putera Sultan Muhammad syah dengan Isteri Baginda puteri Rokan yang juga diangkat menjadi Raja perempuan Melaka. Abang Raja Ibrahim ialah Raja Kasim, dan ibunya Tun Ratna Wati ( keluarga Bendahara). Atas Desakan Raja Perempuan Puteri Rokan, Raja Ibrahim telah menaiki Takhta setelah sultan Muhammad Syah mangkat, dan ketika itu Raja Ibrahim masih kanak-kanak. Baginda dipangku oleh Raja Rokan yang seolah-olah berkuasa di atas kerajaan Melaka. Raja Kasin dihalau dari istana. Baginda mendapat sokongan daripada Seri Nara Diraja Tun Ali dan Seorang Saudagar Arab, Maulana Jalaluddin, untuk merampas kerajaan daripada Raja Ibrahim. Perampasan kuasa berlaku kira –kira 17 bulan selepas Raja Ibrahim naik takhta. Kedua-kedua Raja Rokan dan Raja Ibrahim telah terbunuh. Raja Ibrahim dikenal selepas mangkat dengan gelaran Sultan Abu Syahid.

5.      Sultan Muzaffar Syah (1446-1456)
Setelah Raja Kasim merampas Kuasa dan menaiki taktha kerajaan Melaka, baginda digelar sultan Muzaffar syah. Disebut tentang kisah baginda memperluas jajahan Melaka dengan menaklukni Manjung yang mnegeluarkan bijih timah. Begitu juga Selangor dijadikan negeri pembayar ufti.
Diceritakan Pada zaman baginda , pembesar- pembesar Melaka terbahagi kepada dua puak:  Melayu dan India Muslim. Puak Melayu diketuai olehKeliarga Bendahara seri Wak Raja Bapa Tun Perak dan Puak India Muslim dipimpin oleh Seri Nara Diraja Tun Ali. Setelah Bendahara Seri wak raja Mati (termakan racun) dan Tun Perak tidak diberi tugas di istana tetapi dijadikan penghulu di kelang, maka puak menjadi lemah.
6.      Sultan Mansur Syah (1456-1477)
Apabila sultan Muzaffar Syah Mangkat, Puteranya RajaAbdullah menaiki takhta kerajaan Melaka bergelar sultan Mansur Syah. Dalam masa itu perluasan empayar Melaka berlaku.yang sudah tertakluk ialah selangor, Bernam, Manjung, Perak(sekitar kuala sungai perak), Rupat, Singapura, Bentan dan Pulau-pulau sekitarnya. Sultan Mahmud, khuatir tentang kuasa siam di pantai timur sultan Mahmud telah menghantar Bendahara Tun Perak menyerang Pahang yang dapat ditakluk bersama Seri Bija DirajaTun Hamzah.
Di Melaka menjadi tempat yang mudah untuk memperoleh tenaga mahir dan tenga kerja. Apabila istana Sultan Mansur terbaka,r Bendahara sedia membinnya dengan kerahan paratukang dari ungaran, Tungkal, Buru, Suir, PAncur Serapung, Merba, Sawang, Kundur, Suntai, Malai, Upang, Bertam, Dan Muar. Dalam masa yang singkat istana baru pun Siap.
Melaka telah mencapai kegemilanganya pada zaman ini dengan adanya sultan yang kaya-raya, adil, pemurah, dan pecinta agama dan ilmu pengetahuan. Pegawai- pegawai baginda yang terdiri daripada tokoh-tokoh yang cemerlang dalam bidang maisng-masing. Bendahara Tun Perak, Penghulu Bendahari Tun Ali, Hulunalang besar Tun Hamzah, Laksamana Hang Tuah dan ramai lagi.

7.      Sultan Alauddin Riayat Syah(1477-1488)
Sultan Alauddin Riayat Syah dengan nama sebenar Raja Husain telah mengantikan ayahnya. Sultan Alauddin Seorang yang tegas bagaimana diceritakan dalam sejarah Melayu dengan cerita baginda meronda pada waktu malam disekitar kota semasa kejadian mencuri menjadi- jadi pada masa itu. Ketegasan beliau menyebabkan Temenggung mengadakan Sistem kawalan yang lebih rapid an hukuman yang keras. Setelah itu Melaka menjadi lebih selamat.
Raja ini setelah memutuskan hendak pergi ke Mekkah dan kini di Bertam, baginda berniat hendak ke hendak ke Melaka meyelesaikan Segla persiapan dalam tujuh atau lapan hari mangkat kerana demam. Menurut Wilkinson, Sultan Alauddin mangkat keran diracun oleh saudaranya sendiri sultan Muhammad/ Mahmud Syah Pahangaa semasa usia baginda masih muda. Sultan Alauddin Riayat Syah telah memerintah Melaka selama 33 tahun.





8.      Sultan Mahmud Syah(1488-1528)
Penganti Sultan Alauddin ialah Raja Muhammad/mamat yang bergelar sultan Mahmud Syah. Sultan Alauddin telah mengamanatkan agar puteranya uang mudaitu dirajakan, padahal masih ada Raja Munawar yang lebih tua. Hal ini menyebabkan penentangan terhadap pengakangtan Raja Muhammad. Sultan Mahmud Syah dikatakan bersifat kejam dan juga siuka berfoya-foya. Contohnya, Baginda telah membunu Tun Ali Sandang untuk mendapatakan Tun Dewi. Dan juga baginda telah membunuh Raja zainal ini adalah disebabkan kacak dan lebih menarik kepada wanita-wanita kota Melaka. Diceritakan Juga, masa pemerintahan sultan MAhumd Syah, kezaliman beliau telah membunuh Bendahara Seri Maharaja dan ahli keluarga kerana fitnah yang dibuat oleh  Raja Mudaliar seorang saudagar India yang terkaya Di Melaka meneruis Laksamana Khawaja Hassan. Walaupbagaimanapun, Baginda tertarik dengan pegajian agama. Pernah Baginda berjalan kakikerumahMaulana Yusuf untuk belajar Muamalat. Peyesalan atas pembunuhan keluarga Bendahara menyebabkan baginda meyerahkan Melaka kepada puteranya raja Ahmad dan baginda diam kayu Ara di ulu Melaka.
9.      Sultan Ahmad Syah(1510-1513)
Raja melaka yang terakhir bukanlah sultan Mahmud Syah Seperti yang Biasa kerana baginda telah mengangkat Raja Ahmad , puteranya menjadi raja kepada kerajaan Melaka pada 1510. Tarikh kemangkatan sultan Ahmad tidak dapt dikesan dengna tepat. Bagaimanapun, ia berlaku setlah baginda tinggal dikopak, Bentan Selepas tahun 1513 tetapi sebelum Tun Fatimah melahirkan Raja Ali (Raja Alauddin), Kerana Raja Ali terus diangkat menjadi Sultan Muda sejak lahirnya.




 SISTEM PENTADBIRAN PEMBESAR EMPAT BERLIPAT
1.      SULTAN
Raja Melaka merupakan orang dan institusi yang terpenting. Sebagai Pemenrintah, raja yang disifatkan sebagai orang yang mulia dan mempunyai pelbagai kelebihan. Sejarah Melayu meletakkan raja di tempat yang penting disisi Nabi dan raja dianggap bayangan tuhan di muka bumi ini. Seorang raja digelar  “yang dipertuan” negeri Melaka serta takluk rantaunya. Setelah memeluk islam, raja Melaka menggunakan gelaran ‘sultan’ dan ‘syah’. Sistem pemerintahan beraja secara mutlak diamalkan sejak zaman srivijaya lalu diperkukuhkan di Melaka. Kedudukan dan hak tidak boleh dipersoalkan atau diganggu.






2.      BENDAHARA
Dalam pentadbiran Negara, raja melakadinasihati oleh beberapa pembesaratau menteri yang dilantik kerana pengetahuan dan pengalaman mereka. Penasihat utama atau meneteri besar ialah bendahara. Beliau mestilah pembesar paling kanan dan ketua jemaah menteri. Bendahara Melaka berkuasa  bertindak sebagai pemangku raja sekiranya  raja yang memerintah masih kecil. Beliau boleh memangku jawatan raja. Bendahara juga seorang ketua hakim dan ketua turus angkatan tentera , dimana diceritakan beliu pernah mmembawa angkatan perang Pahang menangkis serangan Ligor yang datang menyerang Pahang. Kawasan pegangan Bendahara adalah terletak di  Muar dan Bentan.
3.      PENGHULU BENDAHARI
Selepas bendahara, menteri yang paling  kanan ialah penghulu Bendahari. Beliau bertanggunjawab ke atas segala bendahari raja, baik di Melaka mahupun di neger-negeri bawah naugan Melaka. Semua bendahari memungut cukai dan hasil negeri serta semua syahbandar adalah dibawah beliau. Pendek kata beliaulah menteri kewangan  negeri Melaka. Beliau menyimpan daftar hamba raja, iaitu segala hamba yang menguruskan hal-hal istana. Dan apabila raja  mengadakan majlis , beliau bertanggungjawab menguruskan kelengkapan dalam istana. Kawasan yang dipegang oleh beliau ialah senin hujung dan Kampar.
4.      TEMENGGUNG
Temenggung ialah jawatan terkanan selepas Penghulu Bendahari. Beliau bertanggungjawab melaksanakan undang-undang dan peraturan negeri terutama mengenai keselamatan.Sebagai ketua polis Negara , beliau menangkap orang yang bersalah, memasung dan menghukum mereka. Temenggung juga memerintah orang membetulkan segala jalan dan lorong. Pembinaan dan pembaikan kota, parit dan segala yang berkaitan dengan pertahan masuk tugas temenggung. Beliau juga adalah ketua protokol istana. Beliau mengaturtempat duduk pembesar- pembesar negeri.




5.      HULUBALANG BESAR
Dibawah temenggung mempunyai dua jawatan tentera, Hulubalang Besar dan Laksamana. Sebelum  Melaka menjadi satu empayar maritim  jawatan ketenteraan yang penting ialah Hulubalang Besar. Beliaulah ketua segala hulubalang di Melaka. Gelaran bagi jawatan pegawai  ini ialah  “Seri Bijaya Diraja”. Dibalairung diraja, hulubalang besar berdiri memegang pedang kerajaan bergilir-gilir dengan Laksamana.

6.      LAKSAMANA
Laksamana ialah jawatan gelaran sekaligus. Orang yang pertama memegangnya ialahm Hang Tuah, Hulubalang yang terhandal dan tiada terbelah bagi taat setianya kepada Raja Melaka. Jawatan ini wujud setelah Hang Tuah menunjukkan kehandalanya sebagai pewira membunuh orang mengamuk dan menewaskan Taming sari, Perajurit majapahit. Sultan Mansur Syah mengangkat beliau serta empat sahabat  beliau menjadi pengawal peribadi . Wilayah pegangan beliau ialah Sungai Raya dan Pulau Siantan.

7.      SYAHBANDAR- PEGAWAI PELABUHAN MELAKA
Di antara tugas pegawai-pegawai yang terpenting di Melaka termasuk tugas yang terpenting di Melaka termasuklah tugas yang dipikul oleh syahbandar yang tergolong di bawah Penghulu bendahari Seri Nara Diraja, Syahbandar-syahbandar Melaka yang bertemu dengan nakhoda-nakhoda kapal dan membawa mereka kepada bendahara. Kemudian syahbandar kepada mereka gajah untuk membawa barangan gudang yang ditetapkan untuk simpanan sementara. Sebelum jual beli berlaku, cukai perlu dibayar menurut nilai barangan dan dari mana asalnya. Selain itu, hadiah untuk Raja Melaka, Bendahara dan Temenggung perlu diadakan selain habuan untuk syahbandar.



 FAKTOR KEGEMILANGAN
1.      Faktor Semulajadi

v  Kedudukan geografi juga menyumbang kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini demikian kerana, Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalan perdagangan anatara Timur dan Barat. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan. Perairan Selat  Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untukl kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.





2.      Faktor Ekonomi

v  Kemudahan Pelabuhan yang ada di pelabuhan Melaka juga turut menyumbang faktor kegemilangannya. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke palbuhan Melaka. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudang. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada lanun.
v  Cukai Perdagangan yang merupakan sumber ekonomi Melaka menyebabkan Melaka menjadi pelabuhan yang maju dan terkenal sekaligus kegemilangannya dipertahankan. Melaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan. Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu cukai rasmi (duti import) atau panduan dan cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesar. Selain itu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk barangan makanan di Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk keperluan sendiri. Pedagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk memastikan urusan perdagangan adalah lancar dan sumber pendapatan kerajaan. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai Berkeutamaan. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan Melaka Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6%, pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan Syahbandar dan pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%.
v  Penggunaan Sistem Mata Wang membuatkan Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melaui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi menggunakan mata wang tersebut. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains.Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat. Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melaytu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.

3.      FAKTOR POLITIK DAN  PENTADBIRAN
v  Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca juga memnyumbang kepada kegemilangan Melaka.Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan.
v  Hubungan diplomatik dengan negara serantau menyebabkan Melaka terkenal sekaligus dapat mempertahankan kegemilangannya. Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara lagi. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negera-negara ini kerana kegiatan perdagangan seperti Pasai membekalkan lada hitam, emas dan beras, Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempah serta  Kampar dan Siak-membekalkan emas.
v  Hubungan Melaka dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong menolong. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa berutus surat. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bekalan seperti beras, makanan dan rempah dari Jawa dan ada hitam, beras dan emas dari Pasai. pusat perkembangan agama Islam juga salah satu faktor yang menyebabkan kegemilangannya. Hal ini dibuktikan apabila, Kedah dan Terengganu adalah antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima ajaran Islam. Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke 9, iaitu dengan penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah dan penemuan batu bersurat dari Kuala Berang Terengganu membuktikan agama Islam telah bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi. Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke 15 apabila Megat Iskandar Syah memeluk agama Islam.
v  Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat membuktikan Melaka dapat mempertahankan kegemilangannya. Pada abad ke 15 Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di Melaka untuk berdakwah .Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam. Pemerintah juga memgambil berat terhadap pendakwah seperti tempat tinggal kepada pendakwah. Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam iaitu dengan menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata. Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan mengani hal-hal agama demi mendalami agama Islam. Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah.Sultan Muzaffar Shah telah mendirikan beberapa institusi agama seperti masjid madrasah dan surau iaitu tempat untuk mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci al-Quran. Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah ajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan. Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkanl di Melaka. Beliau mengarang sebuah kitab iaitu Insan al-Kamil. Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam dijalankan seperti menterjemah kitab-kitab, menyadur kitab-kitab dan menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan. Antara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai-nilai Islam seperti konsep musyawarah. Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Negara lain di Asia Tenggara
v  Perkahwinan Diraja juga turut memainkan peranan penting dalam mempertahankan kegemilangan Melaka. Puteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan Islam.Contoh dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan. Putera-puteri dari Rokan, Siak dan Inderagiri. Puteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan dengan putera Raja Siak. Perkahwinan tersebut menyebabkan agama Islam tersebar dengan mudah ke negeri-negeri tersebut. Selain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu menyebarkan agamna Islam.
v  Penaklukan semasa pemerintahan Sultan Mansur & Bendahara Tun Perak juga merupakan faktor kegemilangan Melaka. Raja-raja di negeri-negeri yang ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama Islam untuk mendapat kurniaan atau layanan yang lebih baik serta menunjukkan taat setia kepada Sultan Melaka. Rakyat jelata pula akan mengikut jejak langkah raja iaitu memeluk Islam secara sukarela. Contoh di Terengganu, Johor, Kelantan,Pahang, Rokan dan Inderagiri









KESIMPULAN
Dengan memahami kelahiran perkembangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini, kita dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu Melaka yang tinggi pada zaman dahulu yang setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Dengan kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri Melaka ini, dapat dibuktikan bahawa Melaka mempunyai kedaulatan yang tersendiri. Dengan pemahaman itu, maka dapatlah generasi kemudiaannya menghayati dan menghargai sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.
Sistem pentadbiran kerajaan  Melaka adalah berasakan hierarki ataupun feudal iaitu raja berkuasa mutlak. Terdapat juga peraturan dan undang-undang yang diwujudkan untuk menitikberatkan jurang antara pemerintah dengan rakyat. Kesultanan Melayu Melaka telah mencetuskan tamadun berpolitik yang tinggi. Kemantapan Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara ini sebagai kerajaan kelautan dan pusat penyebaran agama Islam adalah disebabkan struktur pentadbirannya yang tersusun. Maka tidak berasalahan jika dinyatakan bahawa Melaka merupakan pengasas budaya politik bagi Malaysia masa kini.














Comments

Popular posts from this blog

Asas-asas Kebudayaan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia

PILIHAN RAYA