Asas-asas Kebudayaan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia

Asas-asas Kebudayaan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia





Kewujudan pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebuah negara yang unik . Setiap kaum memiliki asas kebudayaan tersendiri seperti agama , kepercayaan dan adat resam tersendiri . Setiap kaum juga diberi kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing di samping saling menghormati kebudayaan kaum lain .


Agama dan Kepercayaan
Kaum Melayu
  • ·       Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-14 atau ke-15
  • ·       Kesultanan Melayu Melaka sebagai pemerintahan yang berperanan penting dalam penyebaran dan pengukuhan agama Islam
  • ·       Agama Islam adalah berkonsep kepercayaan kepada Tuhan yang satu
  • ·       Ajaran ini berbeza dengan pegangan masyarakat di Tanah Melayu
  • ·       Al-Quran dijadikan sebagai asas/sumber hukum yang utama dengan panduan amalan Nabi Muhammad SAW
  • ·       Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Iman dan Rukun Islam
  • ·       Hubungan manusia dengan Allah bertujuan menghambakan diri kepada Allah dan beribadah kepada-Nya
  • ·       Hbungan dengan manusia menuntut hubungan yang berdasarkan persaudaraan dan satu kupulan tanpa mengira perbezaan
  • ·       Hubungan dengan alam menuntut manusia menghormati kejadian alam kerana manusia diamanahkan oleh Allah untuk menjaga alam ini

Image result for agama dan kepercayaan kaum melayu



SABAH
-Sabah mempunyai lebih dari daripada 32 suku kaum.
-Antara masyarakat yang terbesar ialah masyarakat Kadazan-Dusun dan Bajau.


Related image
KADAZAN-DUSUN
AGAMA
-Mereka memegang kepada kepercayaan anismisme.
-anismisme bermaksud kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat (roh).
-sebahagian kecil dari mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.
-Di kawasan pendalaman , ramai lagi yang masih pagan.
-Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam di dunia lain.
-Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit
-Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan.
-Masyarakat kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.

KEPERCAYAAN
-Masyarakat kadazan-dusun percaya bahawa kepda pantang larang dan tafsiran mimpi.
-mimpi yang buruk boleh mempengaruhi sebarang keputusan dalam kehidupan mereka.
-mereka juga mempunyai upacara keamatan iaitu setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat kadazandusun mengadakan upacara "Magavau" .
·         upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi.
-upacara ini dilakukan oleh Bobohizan(bomoh perempuan).
-mereka juga mempunyai upacara halau penyakit yang dipanggil ‘popodulik’.
-selain itu , jika belakunya kematian pada hari hujan mereka berpendapat bahawa si mati akan menangis di alam lain dan jika belakunya kematian pada hari panas mereka berpendapat sebaliknya.

BAJAU
AGAMA
-Pada tahun 1950-an menunjukkan hampir 75% masyarakat Bajau memeluk Islam lantaran peranan yang dimainkan oleh Kesultanan Brunei.
-Hampir semua di kalangan mereka beragama islam.
-mereka mengamalkan upacara agama seperti, berkhatan , akad nikah, khatam al-Quran, dan lain-lain.
KEPERCAYAAN
-Mereka juga percaya kepada jin, iaitu sejenis makhluk yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa.
-selain itu, mereka juga percaya kepada konsep ‘tulah’ iaitu malapetaka yang ditimpa apabila melanggar adat atau peraturan.
-biarpun begitu, kepercayaan begini semakin pupus.






AGAMA DAN KEPERCAYAAN
SARAWAK
-Lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi.
-Kaum majoriti di Sarawak :
·         Iban (Dayak Laut)
·         Orang Melayu
·         Orang Melanau

Related image



IBAN
AGAMA
-Pada era prakolonial, orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu.
-Mereka masih berpegang kepada ajaran animisme ,pegangan ini dipengaruhi oleh unsur-unsur yang dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha.
-Sebahagian besar orang Iban beragama Kristian selepas kedatangan Barat.

Kepercayaan

Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan'Lemambang'. Contohnya :

·         hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.
·                  percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai.Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untukmenentukan kesesuaian tapak.

-Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.
-Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang.
- Bagi menghidar alamat yang bolehmendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankanmengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai raban bangsa.

-Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional  mereka.
-Misalnya, upacara ‘miring’ (jampi serapah) tujuan menolak bala.
-Masyarakat Iban juga sangat patuh kepada pantang larang (mali) yang diwarisi nenek moyang mereka.
·         ‘mali abu’ : petani Iban percaya bahawa labu tidak boleh ditanam atau dibawa masuk ke dalam ladang mereka. Jika labu ditemui , maka labu itu harus segera dikeluarkan dan tapak penemuan perlu dilumur dengan darah babi atau ayam.
-Sekiranya melanggar pantang larang, bermakna mereka akan menerima bencana atau malapetaka.
-Kepercayaan lain berdasarkan tafsiran mimpi.
·         Sesuatu aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mereka mendapat mimpi yang tidak baik pada malam sebelumnya.
-aktiviti harian sangat dipengaruhi oleh mimpi mereka.
-Pantang larang oleh ibu mengandung dan suami yang dipercayai oleh masyarakat kaum iban:
·         Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.
·         Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.
·         Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
·         Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu keranadikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
·         Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.
·         Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.
·         Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat didalam rahim semasa dilahirkan.




Comments

Popular posts from this blog

KERAJAAN MELAKA

PILIHAN RAYA