Posts

Showing posts from 2017

PILIHAN RAYA

Image
PILIHAN RAYA Fungsi pilihan raya FUNGSI PILIHANRAYA   1.     Menubuhkan kerajaan demokrasi        2.    Mengekalkan pucuk pimpinan        3.     Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi       kerajaan       4.    Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam     sebuah organisasi dan komuniti politik       5.   Meneruskan legasi negara Demokrasi Berparlimen       6.    Memberi peluang kepada rakyat untuk memilih     dan  menukar pucuk pimpinan SURUHANJAYA PILIHAN RAYA        SPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli.Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963,bilangan SPR telah ditambah pada 3 orang       Pada tahun 1981,pindaan keatas perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang timbalan pengerusi.Pada tahun 2002,pindaan kepada perlembagaan persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan SPR menjadi 7 orang        Ahli ahli SPR oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Ra

1.2 PENDUDUK KUASA ASING

Image
PENDUDUK KUASA ASING Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing,dari barat mahu pun dari timur . Kedatangan kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal dianggap sebagai pedagang yang sama-sama  berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu.bagaimanapun atas kesilapan,kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri melayu berkenaan , kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah . Tambahan pula,kuasa-kuasa asing mempunyai sebab-sebab utama menjajah negara-negara asia tenggara . Untuk memperolehi kawasan yang mem punyai   sumber bahan-bahan mentah (ekonomi) dan untuk mengembangkan agama Kristian . Dari segi sejarah negara telah dijajah   lebih kurang 446 tahun,bermula dengan kejatuhan kerajaan melayu melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 . Selepas itu , penjajahan diikuti oleh Belanda , Inggeris , Jepun . Negeri Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utara Tanah Melayu . Penjajah Inggeris meninggalkan pengaruh yang agak kuat ke atas negara i