Posts

Showing posts from 2018

Asas-asas Kebudayaan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia

Image
Asas-asas Kebudayaan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia Kewujudan pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebuah negara yang unik . Setiap kaum memiliki asas kebudayaan tersendiri seperti agama , kepercayaan dan adat resam tersendiri . Setiap kaum juga diberi kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing di samping saling menghormati kebudayaan kaum lain . Agama dan Kepercayaan Kaum Melayu ·          Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-14 atau ke-15 ·         Kesultanan Melayu Melaka sebagai pemerintahan yang berperanan penting dalam penyebaran dan pengukuhan agama Islam ·         Agama Islam adalah berkonsep kepercayaan kepada Tuhan yang satu ·         Ajaran ini berbeza dengan pegangan masyarakat di Tanah Melayu ·         Al-Quran dijadikan sebagai asas/sumber hukum yang utama dengan panduan amalan Nabi Muhammad SAW ·         Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Iman dan Rukun Islam ·         Hubungan manusia