Posts

Showing posts from November, 2017

KERAJAAN MELAKA

Image
ASAL USUAL PARAMESWARA                                                                Menurut  Sejarah Melayu , P arameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja ialah Raja Singapura terakhir yang berasal daripada keturunan  Srivijaya (Hindu) . Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari  Bentan bernama  Sang Nila Utama  telah menawan  Temasek  dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan daripada Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar  Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana . Batara Sri Tri Buana yang bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas  Palembang ,  Bentan  dan  Temasek . Terdapat tiga orang lagi Raja daripada keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399) dan yang terakhir  Paduka Sri Maha